Notis Terbaru Program Solar ATAP oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
Suruhanjaya Tenaga (ST) baru-baru ini mengumumkan perkembangan penting berkaitan pelaksanaan Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP), selaras dengan Siaran Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 12 September 2025. Program ini dibangunkan sebagai kesinambungan kepada inisiatif Net Energy Metering (NEM) yang telah berakhir pada penghujung Jun 2025.
Solar ATAP dirangka bagi mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara, terutamanya melalui penyertaan sektor kediaman, komersial dan industri. Dengan tamatnya program NEM, Solar ATAP dijangka memainkan peranan kritikal dalam memastikan kesinambungan akses rakyat kepada teknologi solar yang lebih cekap dan mampan.
Menurut ST, garis panduan penuh program Solar ATAP kini dalam fasa akhir konsultasi, dan pihak Suruhanjaya menghargai segala maklum balas serta cadangan positif yang diterima daripada pelbagai pihak sepanjang proses penyediaan.
Sebarang pertanyaan rasmi boleh disalurkan melalui e-mel:
📩 atap@st.gov.my
Garis panduan lengkap program ini dijadualkan untuk diterbitkan pada:
📅 31 Disember 2025
🌐 Melalui laman web rasmi ST

Program Solar Atap Akan Memberi Kesan Kepada Industri Solar Pantai Timur
Pelaksanaan Solar ATAP dijangka memberi rangsangan besar kepada perkembangan dalam dunia teknologi solar di seluruh Semenanjung Malaysia. Namun, kawasan Pantai Timur dilihat sebagai zon yang mempunyai potensi pertumbuhan paling ketara. Hal ini kerana penggunaan sistem solar di pantai timur masih berada pada tahap rendah berbanding negeri lain.
Seiring dengan program kerajaan ini, permintaan terhadap solar pantai timur akan dijangka meningkat dengan lebih cepat, terutama apabila pengguna mula melihat potensi penjimatan elektrik dan manfaat dalam jangka masa yang panjang.
Arus EnerG mengalu-alukan penduduk di Pantai Timur untuk beralih kepada penggunaan tenaga solar, selari dengan usaha ke arah bumi menghijau dan penggunaan tenaga yang lebih efisien.
